Monday, February 7, 2011

apa orang kata dan apa kataku....

orang kata:-
Ramai guru mengeluh kerana kedegilan pelajar, kenakalan pelajar...

aku kata:-
Dalam kedegilan dan kenakalan mereka terselit juga sikap dengar kata. Terpulanglah pada guru untuk mencarinya. Kan guru yang mendidik bukan sebaliknya.

orang kata:-
Ramai yang akan kata budak-budak atau pelajar-pelajar perlu pergi tuisyen.

aku kata:-
Jika betul-betul belajar dalam kelas, ilmu yang dapat akan lebih berbaloi daripada berpenat-penat untuk pergi tuisyen

orang kata:-
Selalu orang cakap makin ramai anak makin banyak rezeki...

aku kata:-
Jika tidak berusaha pun, mana datangnya rezeki itu...buat anak-anak terabai adalah..

orang kata:-
Tak apa atau tidak salah kahwin lebih daripada satu... Nabi Muhammad kan buat..

aku kata:-
Memanglah...tapi adakah semua lelaki akan tahu apa sindiran atau kiasan dalam perkahwinan yang lebih itu. Apakah benar-benar ikhlas bukan kerana nafsu semata-mata???

orang kata:-
Ramai pelacur sekarang ni kan...itulah dah tak ada kerja lain nak buat...Bagus kalau mereka ditangkap.

aku kata:-
Akan selagi ada, jika lelaki mahukan itu. Apa kata lelaki yang melanggan ditangkap...

1 comment:

  1. kata orang ni pulak:-
    memang betul semua orang sekarang ni asyik nak berkata-kata dah tak tau mana cerita mana nista mana dusta....donia donia...

    cayalah ngah...terbaik wokkk!!

    ReplyDelete