Tuesday, February 8, 2011

Buat kau bernama hati...........

Jika hati bernama riak.........
kan ku cerita pada semua
setiap inci harta milikku
setiap baik pandai keluargaku
agar semua bangga memuji

Jika hati bernama hasad.........
pasti ku benci kejayaan semua
pasti ku iri kebahagiaan semua
ku cari jalan menjatuhkan semua

Jika hati bernama angkuh..........
bisa ku khabar pelusuk dunia
aku hebat aku berkuasa
semua bisa bawah telunjukku

Jika hati bernama serakah.........
kan ku lupa siapa diriku
kan ku lupa kasih suamiku
kan ku hanyut bersama nafsuku

Jika hati bernama malu..........
ku tutup aib sembunyi celanya
ku jaga diri, harta jua anakku
ku ingat diri isteri milikmu

Jika hati bernama iman..........
ku cinta suami seluruh jiwa ragaku
ku sayang anakku setiap nafasku
mutlak syukurku penat jerih orangtuaku

Jika hati bernama insaf............
ku kenal diri hanya hambaMu
ku tahu diri milik suamiku
ku ingat tanggungjawab kerana ku ibu.........


Monday, February 7, 2011

apa orang kata dan apa kataku....

orang kata:-
Ramai guru mengeluh kerana kedegilan pelajar, kenakalan pelajar...

aku kata:-
Dalam kedegilan dan kenakalan mereka terselit juga sikap dengar kata. Terpulanglah pada guru untuk mencarinya. Kan guru yang mendidik bukan sebaliknya.

orang kata:-
Ramai yang akan kata budak-budak atau pelajar-pelajar perlu pergi tuisyen.

aku kata:-
Jika betul-betul belajar dalam kelas, ilmu yang dapat akan lebih berbaloi daripada berpenat-penat untuk pergi tuisyen

orang kata:-
Selalu orang cakap makin ramai anak makin banyak rezeki...

aku kata:-
Jika tidak berusaha pun, mana datangnya rezeki itu...buat anak-anak terabai adalah..

orang kata:-
Tak apa atau tidak salah kahwin lebih daripada satu... Nabi Muhammad kan buat..

aku kata:-
Memanglah...tapi adakah semua lelaki akan tahu apa sindiran atau kiasan dalam perkahwinan yang lebih itu. Apakah benar-benar ikhlas bukan kerana nafsu semata-mata???

orang kata:-
Ramai pelacur sekarang ni kan...itulah dah tak ada kerja lain nak buat...Bagus kalau mereka ditangkap.

aku kata:-
Akan selagi ada, jika lelaki mahukan itu. Apa kata lelaki yang melanggan ditangkap...

Sunday, February 6, 2011

apa agaknya korang fkir....

andai tiba harinya
kau faham
betapa luluhnya hati
bila kata tak bersahut
bila tanya tak berjawab
bila mesra sekadar nafsu....
tika rindu mula berlabuh
tika sayang mula terpaut
tika cinta mula berputik
berdosakah aku untuk merasa
atau cuma dendam buatku
sarat dihatimu.....

nanti dh jmpa aku beri tajuknya

Kekadang kita akan terasa bersalah sesangat bila kita kehilangan orang yang kita anggap kawan.  Tapi adakah semuanya kerana salah kita. Atau kerana sikap kita yang tak ingin kehilangan itu berlaku. Amat sukar kan..., bila sesuatu yang terasa sangat dikesali tetapi kita seolah-olah tidak boleh untuk merasakan penyesalan itu

Mungkin kerana sikap aku yang terlalu mendesak, kelam kabut, tak reti bahasa, suka buat keputusan sendiri maka dengan itu terlerailah satu ikatan atas dasar kawan????????. Kerana semuanya bermula dengan sikap akukah??? Wahai kawan yang pernah ku kenal ketika aku masih mentah dalam kehidupan remaja. Jika ku kaji dan ku ulang masa itu...kau apa kurangnya..? Sikap kau yang suka berdiam yang tak boleh kubaca apa yang tergambar dihatimu. Lalu ku tinggalkan kau begitu sahaja tanpa pesan tanpa berita.

Salahkah aku ketika itu? Memang ku akan rasa aku yang betul sebab kau memang akan diam seribu bahasa apatah lagi untuk mencariku.